Thursday, January 8, 2009

Anything...........

bnyk benda nak aku luahkan di sini tapi tak terluah, bukak senang nak meluahkan kata hati ke tulisan ni...he2..
skrg dah 9jan2009 cepat benor masa beredar, cepat benar waktu berjalan cepat benor time just let go......
2009 my age is 23,huh dah besar dah ye...mmm tapi aku rasa umur aku tak sesuai ngan karekter aku,banyak bende lagi aku must learn .
2008 merupakn tahun yang cukup mgembirakan,a lot of thing i learn form time to time,so many memories ,ingatan aku ni bukak bagus sangat tapi semua memeori tu tersimpan kemas dalam lipatan diary hati ku.
aku harap 2009 ni memberi lebih sinar kegemerlapan dah kegemilangan dalam diriku. aku dah tetapkan azam baru tuk tahun ni ,i hope 50% from my dream can be realise nanti...amin ...insya'Allah.

sem baru dah lama bermula ,dah 2minggu claz cam biasa , tadi de 1claz jer jam 7-10 ,aerobic dance ,bunyi cam bestkan tapi seksa gak nak menari ni... but i will try the best to perform aerobic ni,tak kisah la kuar buah teakwondo pun.puan yang ajar best..kitaorg bererobic cam2 irama... i ilke it...
after claz pinjam motor ila,g taekwondo jap,hati aku tak senang lau tak pegi tengk claz ,tak pe la lau just tengk skit pun,hati aku ni dah tak leh nak pisahkan nagn taekwondo.tadi pun masa interview salah satu sebab aku serba salah nak trima teakwondo ni.nanti la aku fikirkan balik . sayang benor hati ni nak tinggalkan teakwondo.

nasib baik la date teakwondo dah tukar hari n that is the available time aku,leh aku teruskan aktivity aku tapi aku mesti pasti kan kne reduce skit main ni,blaja banyak2 skit ,maintainkan pelajaran n taekwondo .aku mesti naikkan my result lagi.that my promise.tadi sik lokman handle claz ,sir eizam pun de datang ,kak ayun,fahim comel,geram tul aku ngat kat haikal kat umah kg lau tengok fahim.

tomorrow claz pagi.im stop here la...ngantuk bangat... nite ..baca doa tidur..he2

Tuesday, January 6, 2009

10 muharam1430 HARI ASSYURA

Insyaallah hari rabu ni 7 Januari 2009 bersamaan 10 Muharram 1430 H merupakan Hari Assyura yang disunatkan berpuasa bagi Umat Islam.
PUASA HARI ASSYURA 10 MUHARRAM
Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah :
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه .

(متفق عليه)

Maksudnya :


Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع

Maksudnya :

Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.
Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.
10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :

Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
Puasa pada hari ke 10 sahaja.

Mudah-Mudahan kita diberi taufiq untuk mengamalkannya dan menyampaikannya kepada saudara-saudara Islam kita yang lain. Insyaallah..